Sejarah Penubuhan

 
 

Madrasah Baitunnisa Ar Rahimiyah (MBALB) merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan sejak tahun 2017 dengan semangat membimbing anak-anak di Negeri Sembilan. Dengan sokongan daripada Persatuan Belia Masjid dan pengasas yang berwibawa, madrasah ini berkomitmen dalam mendidik anak-anak perempuan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Madrasah Baitunnisa Ar Rahimiyah (MBALB) ditubuhkan pada 1 Mei 2017M bersamaan dengan 4 Sya’ban 1438 H, sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan golongan hafizah, khususnya di Negeri Sembilan dan seluruh negara. Madrasah ini lahir daripada kerjasama antara Persatuan Belia Masjid Negeri Sembilan (PMBNS) dan Persatuan Belia Masjid Selangor (PMBS), yang bersama-sama menubuhkan Institut Tahfiz Lil-Muttaqin. Setelah mendapat persetujuan daripada Majlis Tertinggi dan Ahli Lembaga Pentadbir, maka ditubuhkanlah MBALB sebagai pusat pendidikan Al-Quran khusus untuk anak perempuan.

Di antara tokoh yang berperanan penting dalam penubuhan madrasah ini adalah Keluarga Hj Ahmad, yang merupakan penaung madrasah. Hj Ahmad juga adalah pengasas Darul Umum Ar Rahimiyah, yang memberi sokongan padu dalam mewujudkan institusi pendidikan ini. Bersama beliau, Uztaz Rashid Abd Mutalib dan isterinya, Uztazah Lenny Aidawati Ismail, berfungsi sebagai pengasas serta pengerusi utama madrasah, mengemban tanggungjawab dalam membentuk pusat pendidikan yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Penubuhan MBALB adalah untuk memenuhi keperluan mendesak dalam meningkatkan jumlah hafizah di negeri ini. Pada waktu itu, terdapat hanya beberapa madrasah Lil Banat di seluruh negara dengan bilangan pelajar yang terhad. Kesedaran bahawa mendidik anak-anak adalah amanah daripada Allah SWT mendorong pengasas untuk memperjuangkan pendidikan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Dengan itu, matlamat utama madrasah ini adalah untuk melahirkan generasi wanita yang bukan sahaja menghafaz Al-Quran tetapi juga memahami, mengamalkannya, dan menyebarkannya kepada masyarakat.

Sejak pendaftaran pelajar pertama pada 1 Mei 2017 di Masjid Mertang Galau, MBALB telah berusaha untuk membangunkan kurikulum yang komprehensif. Tanah di Kg. Sikai telah diwakafkan sebagai lokasi madrasah, dan sebuah rumah di kawasan tersebut dijadikan sebagai bangunan madrasah. Pada September 2017, MBALB berpindah ke Kg. Sri Pilah, di mana bangunan kayu dijadikan tempat pengajian. Kemudian, pada tahun 2022, madrasah ini berpindah ke Kg. Sekolah di Ampangan, dengan bangunan asrama batu dua tingkat yang lebih sesuai untuk menampung pelajar.

Madrasah Baitunnisa Ar Rahimiyah tidak hanya memfokuskan kepada pengajaran Al-Quran, tetapi juga kepada pembentukan karakter dan akhlak pelajarnya. Program pendidikan yang dijalankan bertujuan untuk melahirkan generasi yang mencintai kalam Ilahi, memahami, mengamalkannya, serta menyebarkannya kepada orang lain. Madrasah ini berusaha keras untuk memastikan setiap pelajar memahami tanggungjawab mereka sebagai seorang hafizah, dengan harapan mereka akan menjadi duta dakwah yang mampu meneruskan kerja-kerja agama.

Namun, perjalanan MBALB tidaklah tanpa cabaran. Pada tahun 2022, madrasah ini dihadapkan dengan ujian besar apabila tuan tanah yang mewakafkan tanah untuk madrasah meninggal dunia. Hal ini memaksa madrasah untuk berpindah ke lokasi baru di Ampangan Kg. Sekolah. Namun, dengan kehadiran Allah SWT, madrasah ini tetap bertahan dan terus menjalankan misi mendidik anak-anak. Alhamdulillah, walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, Allah sentiasa menjaga madrasah ini dan memberi rahmat-Nya kepada semua yang terlibat.

Dengan visi yang jelas, Madrasah Baitunnisa Ar Rahimiyah bertekad untuk melahirkan insan yang kamil dan mutakamil, di bawah naungan Al-Quran dan As-Sunnah. MBALB bukan sahaja berfungsi sebagai institusi pendidikan tetapi juga sebagai pusat dakwah yang menggerakkan usaha-usaha ke arah memperbaiki masyarakat. Dengan sokongan daripada semua lapisan masyarakat, madrasah ini yakin dapat meneruskan misi mulia ini, demi menghasilkan generasi masa depan yang berilmu dan berakhlak mulia.

"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)."
Surah - Al Hujarat
Ayat 15

Perjalanan Masa

Permulaan Mei 2017

Sesi Pendaftaran pada 1 Mei 2017 di Masjid Mertang Galau. Ini merupakan pendaftaran pengambilan pertama bagi Madrasah Baitunnisa.

Batch Pertama pada Mei 2017 merangkumi 7 pelajar yang pertama di Kg Sikai. Tanah di Kg. Sikai telah diwakafkan sebagai lokasi madrasah, dan sebuah rumah di kawasan tersebut dijadikan sebagai bangunan madrasah. 

Pada Sept 2017, Madrasah Baitunnisa mula bertempat di kawasan baru di Kg Sri Pilah. Pada masa ini kerja-kerja pembinaan masih berjalan untuk menyiapkan infrastruktur Madrasah seperti elektrik dan air. 

Pada asalnya, zink digunakan sebagai pagar keliling Madrasah Baitunnisa. Alhamdulillah atas sokongan warga Madrasah Kuala Pilah mula berkembang menjadi sebuah pusat institusi yang boleh menampung seramai 50+ pelajar.

Madrasah berkembang pada tahun 2019

Bersama dengan Agensi-agensi Kerajaan BOMBA,KKM,JKR,JHEAINS,PAID,MPKK dan Masjid Seri Pilah dalam sesi lawatan ke Madrasah Baitunnisa Ar Rahimiyah Lil Banat setelah siap pada tahun 2019

 

Pelbagai jenis aktiviti diadakan sebagai kokurikulum untuk para pelajar seperti berbasikal, riadah, berkuda, memanah dan sebagainya. Ilmu-ilmu selain Ilmu agama diterapkan bagi memastikan keterlibatan pelajar dalm aktiviti social.